Al-Hakim
meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w
dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau
tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini?"
Jawab
kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya,
"Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu?". Jawab
kami, "Buktinya ada lima
belas perkara. Lima
perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu
kepada kami dan lima
perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah".
Tanya
Nabi s.a.w, "Apakah lima
perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu?". Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan
kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang
buruk."
Selanjutnya
tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima
perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu?". Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh
para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau
adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa
di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya
Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima
perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah?" Jawab
mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di
waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan
sesuatu musibah yang menimpa pada musuh."
Mendengar
ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh
kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun
dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan
segala macam yang kamu katakan tadi." Kemudian
Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang
akan menyempurnakan dari yang kamu punyai? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu
yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan
kamu tempati, janganlah kamu berlomba-lomba dalam sesuatu yang bakal kamu
tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."